My Profil

Friday, July 15, 2011

PUISI


"SI MUSANG PENDUSTA"

hahahahaha..
alunan nada kedengaran..
begitu gah suara mu..
bagaikan sang belang..
sedang meratah mangsanya..

terkulai sayu si mangsa..
merasakan ratahan hati dari mu..
tak terkata walaupun sepatah..
kelihatan air muka si mangsa menangis dalam kesedihan..
tapi kau, masih bermuka megah..
tanpa rasa kesedaran..

dimana letaknya janji manis mu..
yang konon nya kau ada lah si pemegang janji.,
ayat yang dulunya manis tak terkata..
kini menjadi kolam kepahitan..
ternyata kau memang si pendusta kata,..
mempunyai agenda peribadi tersendiri..
bagai kan si musang bertopengkan ayam..

by : "abby si artista"






" L.D.R  "

hanya deringan yang menjadi teman kerinduan..
setiap hari deringan yang sama...
tapi kebiasan telah sebati dengan lukisan cinta ku..

baru aku sedar..
aku dalam perhubungan cinta jarak jauh..
yang terpisah diantara lautan dan daratan yang terbentang luas..
tapi hati ini bagaikan bersatu..
apabila angin menghembuskan nafasnya..
seakan-akan membawa khabar kerinduannya kepadaku..

kata orang..
sukar melakonkan watak cinta jarak jauh..
banyak pengorbanan hati dan perasaan yang perlu dilakonkan..
pada mula nya aku mengaggap ia sebagai omongan kosong..
kerana kepercayaan kami seiring dengan watak kami,,

tapi ia hanya seketika..
sangat sukar membawa watak cinta sebegini,,
kini baru aku tahu..
yang aku gagal dalam melakonkan watak..
"cinta jarak jauh"

by : "abby si artista"