My Profil

Sunday, June 19, 2011

"Nukilan Buat Bapa"



Fikiran terhenti seketika. Aku merenung seraut wajah yang terpampang di paparan skrin komputer riba aku. Melihat air muka seseorang yang begitu hebat. Tiada tandingannya dengan kehebatan pengorbanan yang pernah aku lihat di sudut dunia ini. Demi mencari sesuap rezeki, sanggup menggadaikan nyawa serta kesihatannya. Membesarkan makhluk ALLAH yang bernama manusia tanpa ada sedikit pun keluhannya. Begitu besar pengorbanan seorang bapa atas anak-anaknya. Dari kecil sampai lah ke dewasa, air keringat ayah menitis dibumi ini tanpa henti. Dia tak mahu anak nya merasa kelaparan dan kesusahan. Walaupun dia tahu, dia tak mampu memberi kemewahan kepada anak-anaknya. Ditemani oleh insan bergelar ibu, terasa pengorbanan nya terganti buat seketika, melihat senyuman manis dari seorang isteri yang tak pernah pasrah dengan kehidupan yang tak semewah diinginkan. Teringat kehidupan suatu ketika aku masih diusia kecil. Kehidupan kami tak lah sekaya jutawan yang ada diluar sana. Tapi kami sekeluarga hanya memiliki kekayaan kebahagiaan. Dengan kehidupan sederhana, kami membesar dengan didikan yang cukup baik. Masih ingat lagi, ketika ayah berhempas tulang mencari rezeki. Terasa keperitan ayah tiada yang dapat rasai. Dengan keringat membasahi seluruh tubuh nya. Tapi raut wajah ayah tetap tersenyum ketika melihat anak-anak nya bermain manja dihadapannya. Tak pernah menunjukkan kepenatannya kepada kami sekeluarga. Ayah menyekolahkan kami dengan hidup serba kekurangan. Terasa, kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya begitu besar. Tak terbalas dengan mata wang yang ada diduniawi ini. Terasa puas bila, kami adik beradik dapat menggembirakan raut wajah ayah dengan kejayaan kami beradik ketika di bangku sekolah. Nampak jelas, raut wajah ayah begitu bangga dengan kejayaan kami. Walaupun kejayaan kami tak lah sehebat mana pun. Cuma membuatkan kegembiraan diraut wajah ayah. itu lah kejayaan yang paling besar yang dapat kami beri untuk ayah. Ayah ibarat sang awan yang sentiasa berarak memayungi kami sekeluarga. Yang sangat memerlukan payungan ayah, disaat sang suria memanaskan sinar nya. Tidak akan hilang di benak hati kami dan tidak akan hilang dipandangan kami. Begitu besar jiwa mu menepis duri dan ranjau yang ada dihadapan mu ketika mencari sesuap rezeki demi melihat anak-anak mu membesar di bola mata mu. Kesabaranmu juga terbatas, dikala melayan karenah kenakalan kami, yang adakalanya kami tidak mendengar nasihat mu. Terima kasih ayah. Atas segala pemberianmu yang begitu tiada nilainya. Insyallah, kami akan membalas segala jasa-jasamu dengan berbekalkan kejayaan serta iringan doa kami buat ayah. Aminnn..

MY BELOVED FATHER

Secebis Kisah Buat Renungan
Pada satu pagi ayah minum bersama sama dengan anaknya, yang sudah pun dewasa. Tiba tiba si ayah ternampak seekor burung sedang hinggap diatas pokok diluar rumahnya. Lalu si ayah bertanya… "burung apa yang hinggap diluar tu..??" lalu dijawab oleh anaknya,namun begitu ayahnya tetap mengulangi soalan tersebut berulang ulang kali,sehingga menimbulkan kemarahan anaknya. Lalu ayahnya bangun dan pergi kebiliknya dan membawa bersama sebuah dairy, lalu ayahnya menujukkan salah satu muka surat dairi itu yang tertulis tentang anaknya bertanyakan tentang soalan yang sama sebanyak 25 kali,barulah anak itu menyedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh ayahnya…sekadar renungan bersama di saat hari bapa ini….betapa itulah ayah kita yang terlalu banyak pergorbanan untuk membesarkan sebuah keluarga…hargailah pengorbanan mereka…..dengan menghormati dan mengasihi mereka…………sekiranya mereka berada di alam barzakh….janganlah terlalu bakhil untuk mendoakan mereka….amin…

Tuesday, June 14, 2011

Pengembaraan di Dibukit Serata

Pada tanggal 12/06/2011. Aku ngan member, pegi "Jungle Tracking".  
Yang bertempat di Tanjung Malim Perak. syok owh..
 Terlakar 1 kenangan yg x dapat aq lupakan.. 
1st time aq msuk hutan pakai selipar & 
seluar pendek. Apa tak kena Kiss oleh pacat.. 
Yang best nya, kami tersesat di tengah2 hutan.
terpaksa guna bantuan GPS tuk cri jln yg betul.. 
ehheh.. Yelah, soma xtau jln yg sebenar..
Terpaksa main reda jak lah.. Apapun, korang tgok pic time pengembaraan kami.. k.:-

ni sebelum naik p bukit serata.. tgah packing barang.. yg bju itam 2.. 
c along, bdak DLPV auto.. yg topi merah, c din.. my member from twu..

ni masih dalam area kebun sawit.. mau menuju d kaki bukit.. 
tupun sudah bekeringat.. hehe.. 

hahha.. take 5 lu.. bukan apa, kami x tau jln mana satu.. 
terpaksa cri jln mna yg betul.. ikut suara ramai lah..

lawa kan tempat ni.. kat tgah2 hutan ni.. kami terpaksa ikut laluan sungai..
untuk sampai ke destinasi.. terasa aman bila dgar kicauan burung berlagu..
dengan udara yang segar,, sejuk lagi tu.. fuhh.. 

sempat lgi ambil pic.. aku suka ngan tempat ni.. batu nya besar..
ada air terjun lgi.. d bawah nya pula ada anak sungai mengalir.. sangat unik..

ni lah tempat yang kami ingin kami tuju.. cantik kan.. 
terasa berbaloi bila lihat keindahan kat tempat ni.. 
walaupun perjalanan kami mengambil masa 4 jam untuk smpai ke destinasi..
sejuk tempat ni.. air dia bersih lansung xda kotoran.. i like..

setelah penat bermandi manda.. 
terasa lapar plak.. heheh.. time to eat,. 
walaupun hanya berbekalkan nasi lemak..
 yg d beli kat pekan tnjung malim..
terasa sedap bila makan kat dalam hutan..
 kat dpan aku tu, c bake nma nya..
my pwend dri form 4..

ni time balik.. photoshoot lu d kaki bukit.. kenangan ni.. hehe

akhirnya pengembaraan kami berakhir.. semua berasa gembira..
wlaupun kenangan yang terlakar hnya dlam masa sehari.. 
tp ia sugguh bermakna bwat kami.. 
thanks pda member yg join this event..bnyak lagi pic..
 tp x masuk kan soma.. penat laptop ku nak in kn soma nya..
btw, thankss cause, sdi baca my blog.. lov u all..

Saturday, June 11, 2011

"Azali Si Pelukis"

" azali Si Pelukis.. " .. Cantik tajuk ni.. Aku suka.. heheh.. Tapi, bagi yang tak suka kan lukisan, mesti tak minat dengan coretan ni.. Tapi tak pa, korang baca jer k.. Sekurang-kurangnya, korang tau hati & sifat si pelukis.. Apa yang korang faham tentang pelukis?? mesti ayat kamu macam ni bila di tanya soalan tu.. "erm,pelukis ni orang yang pandai melukis.. selalu melukis & kerjaya nya pelukis.." kan??.. Sangat tepat jawapan tu.. (Cewaa, mcm sesi joal jawab plak.) eheehhe.. Aku terang kan tentang azali si pelukis ni, sebab, aku minat sangat dengan Seni Lukisan.. Tu lah, terdetik pula hati ni, mau buat coretan tentang pelukis.. Ala, masing- masing ada minat.. So kita kongsi bersama apa yg kita minat.. okey.. Pelukis ni tak lah hebat sangat.. mcm power rangers ataupun ultraman.. Cuma, pelukis ni unik sikit..Ada kelebihan tersendiri.. Bukan dari fizikal, tapi dari mental @ dalaman.. Kalau fizikal berbeza dengan manusia.. Mybe, bukan manusia dah tu.. hahha.. Sifat azali ada pada seorang pelukis, mengikut aku punya teori ialah kreatif dan suka berimagin.. Sebab, apabila seseorang pelukis tu hendak melukis, ia perlukan kekreatifan yang tinggi & daya imagin yg kuat.. Untuk menghasilkan sesuatu lukisan yang menarik.. Tu lah kadang-kadang, korang lihat pelukis suka bersendirian, bukannya dia mahu memencilkan diri.. Tapi, dia cuma mau dapatkan sesuatu idea yang menarik.. Lagipun, apa bila kita bersendirian, secara tidak langsung kita akan berimagin.. Keluar dari kotak REALITI ni & masuk ke alam FANTASI.. Dari sini lah si pelukis menghasilkan lukisan yang lusar biasa.. Tu lah, korang selalu nampak lukisan pelik2.. Macam mengarut jer bila kita tegok.. Dengan corak yang tak tentu arah, macam contengan warna jak bila kita lihat. Tapi sebenar nya, itu lah jiwa si pelukis.. Ia mahu sampaikan jiwanya melalalui lukisan imagin yang telah di hasilkan oleh Si Pelukis.. Sama ada dia gembira ataupun berduka.. Pelukis ni, bukan saja pandai melukis.. tapi juga bijak dalam bidang sastera.. Suka berpuitis apabila kesunyian bercampur kan kebosanan.. Tapi, selalu nya mereka tak sampaikan puisi melalui percakapan, cuma si pelukis akan berpuitis secara sendirian dengan cara melalalui FANTASI mereka.. Tu lah kadang2, korang rasa si pelukis ni sombong & angkuh.. Pada hakikat, korang lagi angkuh daripada si pelukis.. Ye lah, si pelukis ni suka bersendirian, pastu plak, suka cakap yang bukan realiti kehidupan kita.. Si pelukis juga tak suka paksaan dalam lukisan.. Jangan paksa mereka melukis sekiranya dia tak bersedia untuk melukis.. Sebab, melukis ni perlukan ketenangan.. Baru lah lukisan siap dengan sempurna..  okey lah.. Banyak dah aku tulis ni.. Nanti korang bosan plak klu tulis panjang2.. Manusia kan cepat bosan.. macam aku gak,.. hehhe.. tapi aku nak pesan, jangan anggap pelukis ni sempurna.. mereka pun manusia.. ada dosa & pahala.. okey.. Kalau ada masa, aku catat kan lagi yer.. thanxx & ASSALAMUALAIKUM...

Friday, June 10, 2011

||| Roda C Manusia |||

"ada hati ada suka, suka hati lah .." hahhaha.. Kamu cuba fahami ayat tu.. Terpulang dari aku nak tulis apa.. Okey.. erm, Nak cerita sikit tentang "Roda c manusia".. Napa?? fikir motor & basikal jak ada roda?? manusia pun ada roda.. Cuma manusia kadang tak perasan dengan roda mereka sendiri.. Kita di jadikan di dunia ni.. Bukan nya lama pun.. Kita ni sekadar menumpang di bumi ALLAH.. Ada yang lupa & alpa.. Bagai kan dunia ni mereka yang punya.. Jangan lupa kawan, kita hidup ibarat roda.. Bukan nak kata aku ni hebat sangat.. Aku pun macam korang.. Selalu malakukan kesilapan.. "nobody is perfect".. Tapi, kadang aku terfikir, napa kita selalu melakukan kesilapan sedangkan, kita tahu itu adalah kesilapan??? So, aku jadikan diriku sebagai bahan uji,. Aku fikir, kenapa aku selalu melakukan kesilapan yang sama, berulang kali.. Pada hakikat nya, aku tau itu kesilapan yang selalu aku lakukan.. Baru aku sedar, manusia ni tak puas dengan apa yang mereka lakukan.. Walaupun dia sedar itu adalah kesilapan.. Apabila, kesilapan @ kesalahan tu menimpa balik pada dirinya.. Mula lah, manusia menyalahkan takdir.. Konon nya kehidupan ni tak adil.. Walaupun pada hakikatnya kehidupan ni adil.. Itu lah manusia, mahukan kesenangan tapi, tak mahu kan kesusahan.. Benci sangat pada kesusahan.. Apabila ditimpa musibah, kata dirinya malang lah, sial lah.. Semua andaian syaitan keluar dari minda.. Tapi, bila dapat kesenangan.. Semua nya indah.. Bagaikan dirinya paling bahagia di dunia ini.. Ingat balik pada roda kita kawan, kita berada dimana?? di atas roda kah @ di tepi roda.. So, jangan gembira sangat dengan apa yang kita ada.. Semua kesenangan yang kita miliki ni, semua nya kita pinjam.. nyawa kita ni pun kita pinjam.. Bila-bila masa, ALLAH s.w.t tarik balik apa yang kita miliki.. So renung-renungkan lah.. Jangan pula kamu anggap, aku syok-syok suci.. Aku cuma mau kongsi REALITI kehidupan kita.. Apa yang baik, kita ambil sebagai ikhtibar.. Okey..

Thursday, June 9, 2011

- Tentang Lukisan -


Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan memulaskan berbagai warna, dengan kedalaman warna "pigmen" dalam pelarut (atau medium) dan gen pengikat (lem) untuk pengencer air, gen pegikat berupa minyak linen untuk cat minyak dengan pengencer terpenthin, pada permukaan (penyangga) seperti kertaskanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; dengan kedalaman warna dan cita rasa pelukis, definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan pencipta suatu karya lukisan.
Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-guatempat tinggal manusia prasejarah.
Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam artikel ini.
Lebih khusus lagi, artikel ini tentang lukisan pada permukaan untuk alasan seni.
Menggambar berbeda dengan melukis, perbedaannya dari media warna yang dipakai, kalau melukis dengan media cair atau pasta misalnya cat lukis atau tinta dan kalau menggambar media yang dipakai cenderung kering contoh pencil warna, pastel dan krayon