My Profil

Friday, June 10, 2011

||| Roda C Manusia |||

"ada hati ada suka, suka hati lah .." hahhaha.. Kamu cuba fahami ayat tu.. Terpulang dari aku nak tulis apa.. Okey.. erm, Nak cerita sikit tentang "Roda c manusia".. Napa?? fikir motor & basikal jak ada roda?? manusia pun ada roda.. Cuma manusia kadang tak perasan dengan roda mereka sendiri.. Kita di jadikan di dunia ni.. Bukan nya lama pun.. Kita ni sekadar menumpang di bumi ALLAH.. Ada yang lupa & alpa.. Bagai kan dunia ni mereka yang punya.. Jangan lupa kawan, kita hidup ibarat roda.. Bukan nak kata aku ni hebat sangat.. Aku pun macam korang.. Selalu malakukan kesilapan.. "nobody is perfect".. Tapi, kadang aku terfikir, napa kita selalu melakukan kesilapan sedangkan, kita tahu itu adalah kesilapan??? So, aku jadikan diriku sebagai bahan uji,. Aku fikir, kenapa aku selalu melakukan kesilapan yang sama, berulang kali.. Pada hakikat nya, aku tau itu kesilapan yang selalu aku lakukan.. Baru aku sedar, manusia ni tak puas dengan apa yang mereka lakukan.. Walaupun dia sedar itu adalah kesilapan.. Apabila, kesilapan @ kesalahan tu menimpa balik pada dirinya.. Mula lah, manusia menyalahkan takdir.. Konon nya kehidupan ni tak adil.. Walaupun pada hakikatnya kehidupan ni adil.. Itu lah manusia, mahukan kesenangan tapi, tak mahu kan kesusahan.. Benci sangat pada kesusahan.. Apabila ditimpa musibah, kata dirinya malang lah, sial lah.. Semua andaian syaitan keluar dari minda.. Tapi, bila dapat kesenangan.. Semua nya indah.. Bagaikan dirinya paling bahagia di dunia ini.. Ingat balik pada roda kita kawan, kita berada dimana?? di atas roda kah @ di tepi roda.. So, jangan gembira sangat dengan apa yang kita ada.. Semua kesenangan yang kita miliki ni, semua nya kita pinjam.. nyawa kita ni pun kita pinjam.. Bila-bila masa, ALLAH s.w.t tarik balik apa yang kita miliki.. So renung-renungkan lah.. Jangan pula kamu anggap, aku syok-syok suci.. Aku cuma mau kongsi REALITI kehidupan kita.. Apa yang baik, kita ambil sebagai ikhtibar.. Okey..

No comments:

Post a Comment